:: ^_^ ::

Wednesday, January 1, 2014

2014 akhirnya tiba..

Assalamualaikum...

12:20 pagi..

2014 sudah pun menjelang..
luar sane manusia bergembira..bawak anak bini tengok percikan bunga api..

untuk aku..akhir 2013 terase dingin..sangat dingin..
its been 4 months already..tapi kami masih mampu survive..
kadang kerana da tak mampu menanggung beban mentally..
akan di luah secara fizik nye..

kadang tertengking anak yang masih kecik..kerana stress..
takut akan hilang kewarasan..lalu anak menjadi mangsa..

konklusi nya..untuk 2014 ni..
aku berazam..sesungguh nya beazam..
untuk menjadi a better me..
menjadi jauh lebih baik dari sekarang..

menjadi baik sebagai seorang hamba Allah..
menjadi baik sebagai seorang anak kepada Ma, Ummi and Abi..
menjadi lebih baik sebagai seorang isteri kepada Muhammad Muzakkir..
menjadi lebih baik sebagai seorang ibu kepada MHD dan NHD..
menjadi lebih baik untuk diri sendiri..

tiada lagi aku rasa penting untuk menanam azam untuk cantik..
cantik dunia yang aku rasa tak kan mampu membawa bahagia pun di kala hati aku dihiris sengsara begini..

aku hanya mampu mengeluh..tanpa sedar yang beban orang lain lagi hebat dari aku..
aku lupe..aku rasa beban itu hanya jatuh dibahu ni sahaja..
belom aku hitung timbang dan ukur betapa berat bebanan dan tekanan yang suami hadapi sekarang..

walau sekarang hati rase terguris..
tapi dengan relanya aku tak kan cari salah itu pada orang lain..
kerana dari awal tiap masalah itu aku rasa datang dan berpunca dari diri aku sendiri..
kini sesal bukan la penyelesaian..

andai bergantung pada manusia..akan dihampakan..
maka bergantunglah pada Allah..
merayu dan meminta la pada sang Pencipta yang Maha Agung itu..
Dia tidak penah biarkan tangan hambaNya yang menadah kosong..

and aku yakin..jentikan dugaan ni adalah nak membawa aku sedar..
kembali ke jalan Nya..

Ya Allah..Kau permudahkan lah perjalanan kami..
tuntunlah kami ke jalan Mu..

berikan aku seribu kekuatan berbanding sekarang..
semoga aku cukup tabah..cukup kuat..untuk terus sokong orang disekeliling aku..
terima kasih ya Allah..kerana menganugerahkan dugaan ini..

p/s : da diambang late 2-series da...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...