:: ^_^ ::

Tuesday, February 22, 2011

Bila Allah Menduga...

salam..

erm..malam ni rase kurang ber'mood'..masalah terase cukup membebankan hati..bile orang tak abes-abes nak susah kan kite..

tapi aku tabahkan hati and anggap ni sume dugaan..kalu ikutkan rase susah hati aku jugak yang stress nanti..sian pulak if effect baby nanti..lagi pun aku yakin Allah menduga aku tak lebih dari ape yang aku mampu..

maybe dengan dugaan ni jugak..aku akan jadi hambaNya yang lebih baek..selalunye Allah menduga atau menguji..turunkan ujian bile Dia tau hambaNya lalai..so dengan care menurunkan ujian ni maka hamba yang lalai ni akan sedar dari tersasar..dan kembali ke landasan yang betol..

gitu la jugak ngan aku..mungkin kalu xkerana ujian ni..aku jadi manusia yang kurang bersyukur..alpa ngn nikmatnye..tapi aku selalu ingatkan diri jangan sampai jadi manusia yang kufur nikmat..

takpe la..ni sume dunia semate..mungkin if die pk dengan menyusahkan orang..mendatangkan bahagia pada die..go on la..aku redha and time je..Allah akan sentiase ade dengan hambaNya yang teraniaya..

mood::takde mood..*___*

Jom Join FACEBLOG !!

salam..
hehehe..saye da register join FACEBLOG..anda bile lagi..??..senang and mudah..anda cume perlu iku step yang da disediakan..cepat-cepat..kite meriahkan lagi dunia blogging ini..^___________^
 
 
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Pendarahan Semasa Hamil

salam..

dalam 2 3 ari lepas jugak..berpeluang ym ngan my BFF..da lame die tak o9..sebab die MC..lame gak die MC..for info..die bu je disahkan pregnant..around 6-7 weeks..then bu 2 3 ari dapat good news tu..die deman and batuk2 terok..da la travel jauh2 pulak..dari KT balik KL sume..jauh la kan..

so tak digalakkan bagi ibu yang bu hamil nak travel jauh2 ni..tanpe pengawasan doc..if doc kate selamat..bu la ko buleh wat demikian..tapi tu la..die tau die pregnant pun pas da travel tu..and most shocking die gitau yang die bleeding..aku pun tumpang susah hati jugak...

tapi dari ape yang aku bace..kalu pendarahan nye kejap je..tu takde pape pun..biase memang ramai jugak la yang alami pendarahan pada awal 1st trimester..

since aku pregnant ni memang aku banyak la membace..nampak je buku pregnancy mesti nak beli..
soo far dari buku2 tu la aku banyak belajar..

and aku jugak rajin nak meng'google'..pakcik google ni pun banyak jugak info yang berguna yang buleh diguna pakai..ni some info yang aku search pasal bleeding mase pregnant..aku suke bace info kt website ni sebab ianye ringkas and padat..xde nak belit2..

 ******************************************************************************

Banyak sebab kenapa wanita mengalami pendarahan faraj semasa hamil. Ia mungkin pendarahan ringan pada awal trimester pertama kemudian pendarahan tersebut berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Sebab-sebab utama berlaku pendarahan:
  1. Pendarahan Implantasi

    Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.

    Apa itu pendarahan implantasi?
    Pendarahan implantasi selalunya tidak sebanyak darah haid dan kebanyakkannya berwarna coklat atau merah jambu. Ia berlaku apabila telur yang sudahpun bersenyawa dengan sperma bergerak kerahim dan cuba membenamkan dirinya kedalam dinding rahim. Proses ini dinamakan implantasi.

    Pendarahan berlaku semasa proses implantasi ini. Yang membezakannya dengan darah haid ialah, jumlah darah yang keluar adalah sedikit dan terhad pada 1-3 hari sahaja.

    Bilakan implantasi selalu terjadi?
    Ia selalunya berlaku 5-12 hari dari tarikh ovulasi, masa yang sama, anda sepatutnya datang haid.
  2. Keguguran

    Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan. Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.
  3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan
  4. Kandungan Anggur

    Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahaan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.
  5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim

    Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.
  6. Placental Abruption

    Uri mungkin akan merekah dari dinding rahim sebelum atau semasa bersalin. Ia boleh akan menyebabkan pendarahan. Cuma 1% wanita hamil yang mengalami placenta abruption ini. Selalunya ia berlaku pada lewat kehamilan dan beserta dengan dengan kesakitan pada perut.
  7. Placenta Previa atau uri di kedudukan bawah

    Apabila uri berada pada kedudukan bawah, Ia mungkin akan menutupi sebahagian dari lubang pangkal rahim atau sepenuhnya dan ini dinamakan placenta preavia. PP adalah sangat serius dan memerlukan rawatan segera sekinya berlaku pendarahan
  8. Tanda Bersalin

    Pada lewat kehamilan, pendarahan dari faraj adalah salah satu tanda sudah sampai saat bersalin. Ia terjadi apabila mukus pluk yang menutupi pintu rahim terjatuh disebabkan oleh kontaksi rahim menyebabkan darah dan lendir keluar dari serviks. Ia dipanggil show. Ia adalah sangat kerap terjadi semasa kelahiran bermula.
******************************************************************************
sumber dicedok dari portal alamhamil

Tersenarai dalam BlogList Cahaya Cinta Illahi - Seronott!!

salam..

ni entry dari malam tadi lagi niat nak buat..tapi malangnye tenet pulak down..so kena la banyakkan bersabor..bila da ralit men game memang da tak terdaye nak berblog da..

tarikan men game itu adalah kuat ye..ok2..ni nak story..hehehe

last few days..blog Cahaya ade announce sape2 yang berminat nak masuk bloglist die..alang2 die nak kemas2kan blog..so saye adelah 1 of thousand loyal reader die..walaupun secare diam-diam je..haruslah kan nak join sekali..

atleast kat cni la buleh nak berkawan walaupun dari jauh..kawan maya ni la tempat nak luah rase..kongsi pendapat..dari kawan yang kite ngadap hari-hari...silap die ngap kite balik...

after 2 3 ari pastu..Alhamdulillah..saye tersenarai juge..dalam Kategori McFlurry..
see..see..hehehehe..seronott tau..rase nak pang je diri sendiri..ok2..kite stop keterujaan itu jap..

nak cite camne buleh terjebak melekat terlekat kat blog CCi ni..citenye..1 fine day..ade sorang awek cun telah meng'add' saye di FB..aku ni jenis tak reti nak reject2 if pompuan comey yang add..memang aku suke pompuan comey pun..da cam les..bukan gtu maksudnye..gini..aku suke sebab bile tengok dorang ni..ngan gaye..care penampilan..kadang2 aku ni terase sangat la tue..memang la dorang ni rate2 adik pundri saye..ye saye sedar saye da tue..soon da nak jadi ibu..^__^

dari FB tu la aku tau sal blog die..selalu jengah..tapi dalam awal2 aku ikuti blog CCi ni..die takde update selebat skang ni..tapi totap jugak menjadi pojaan hatikooo..hehehe..skang ni lagi la aku sooka..

biase la bile dok umah ni..blog hoping adelah satu kewajipan..tapi tu pun depeds pade blog yang memang aku followed atau blog-blog baru yang memang menawan kalbu..

tak semestinye blog tu yang hot-hot or yang dapat hit berjuta 1 hari..tapi depends pade penulisan..yang humble..yang seronok dibace..yang de value untuk ceriakan hari-hari ku..heehehehe..

so gitu la camne aku terjatuh cinta ngn blog CCi ni..so pade sape2 yang belom lagi jengah..sila2kan la..banyak gak info die share..sebab die rajin heehehe..aku ni memang la sangat-sangat rajin..sampaikan tak terupdate..heheheh..

last..thanx utk Cik Cahaya yang sudi meletakkan blog ni dalam bloglist cahaya..hehehe..buleh la kite kawan2 lebih mesra sepelas ini..ahaks!!
^__________________^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...