:: ^_^ ::

Thursday, July 2, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#14 : Sup Cendawan & Spicy Chicken Popcorn

Assalamualaikum..

Menu semalam..
hari-hari pun mesti susah fikir nak masak ape..
dari awal pagi masa drive nak pergi kerja tu..
dah berhempas pulas fikir ape nak masak petang nanti..

selagi tak tahu nak masak ape..selagi tu hati tak tenang..
kang nanti sampai kedai melangut je dalam kedai tu tak tahu nak beli ape..

so far sepanjang 14 hari puasa ni..
berjaya balik dan masak..walau pun lauk cincai versi campak-campak

beli bahan basah pun dalam RM5- RM10 je la..
sekor ayam tahan 3 4 hari..
daging sekilo pun tahan seminggu..
ikan beli 6 ekor pun dah 2 minggu masih ade belen..

kuih manis kalau weekend akan cuba buat..
weekdays biasa husband belikan seri muka 5 ketul then ngap kurma je la..


SUP CENDAWAN TIRAM

  1. 2 genggam cendawan tiram - koyak & bersihkan
  2. 1/2 biji tomato potong 8
  3. 2 biji cili merah hijau
  4. 1 biji bawang merah bombay - hiris
  5. 3 ulas bawang putih - ketuk
  6. 1/2 kiub ayam
  7. minyak sikit untuk menumis
  8. 4-5 ekor udang - buang kulit n potong 2 bahagian
  9. daun sup & daun bawang hiris
  10. 1 sudu lada hitam tumbuk kasar
  11. garam gula
  • panaskan kuali, tumis bawang merah bawang putih
  • masukkan udang, 1 cup air , kiub ayam & lada hitam
  • masukkan cendawan, garam & gula
  • kalau agak kurang kuah boleh tambah 1/2 cup lagi air
  • then masukkan tomato and cili,,
  • tunggu seketika, dah boleh hidang
  • tabur daun sup and daun bawang
**untuk lebihkan sayur dalam sup tu aku tambah 1/4 labu kubis - boleh ratah and hirup kuah sampai puas.. ^___^



SPICY CHICKEN POPCORN

  1. ayam - bahagian isi - potong kecik-kecik bite size - aggaran dalam 200gram
  2. telur sebijik
  3. 2 tbs tepung gandum
  4. salt & pepper
  5. 1/2 kiub ayam
  6. 1tsp chili flakes
  7. 2 tangkai daun kari
  8. minyak untuk menggoreng- deep fry
  • gaul semua bahan diatas - rehatkan dalam 10 minit
  • goreng - deep fry sampai la kekuningan
  • api sederhana biar ayam masak sekata
**1 ketul ayam sekalikan dengan sehelai daun kari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...