:: ^_^ ::

Thursday, October 29, 2015

Petua Rawat Sembelit (CONSTIPATION)

Assalamualaikum..

dah lama sangat rasanya tak menaip dekat blog ni..

malam ni terdetik hati nak share petua untuk rawat sembelit..
terutamanya pada kanak-kanak.

melalui pengalaman sendiri yang lebih 2 tahun berdepan dengan masalah anak yang selalu sembelit..

sejak Hanees dah start makan and aku pun dah start kerja balik, Hanees membuang 2 3 hari sekali..
die pernah experienced severe sembelit yang membuatkan die serik nak membuang..

bila sakit sikit-sikit dia akan tahan, sampai lah poo-poo tu dah betul-betul nak keluar. dia akan cuba sedaya upaya jugak nak tahan.

dah macam-macam usaha, ubat dan petua yang aku cuba..letak tepung kanji dalam susu..
nak paksa die makan banyak fibre memang tak jalan lah..dah consult doctor juga..Hanees ni jenis yang dah trauma nak meneran..memang pernah la die berak sampai berdarah..

try jugak bagi die Lactul Solution..tapi macam tak de effect pun..buah die memang kurang sikit..tak macam Hazeeq yang suka makan buah.

sampai lah dah nak masuk umur 3 tahun, both Hazeeq & Hanees asyik lah dok batuk..ulang alik pergi klinik ambik ubat batuk..tapi macam susah jugak nak hilang batuknya..kalau dulu dorang dok rumah je..sekarang dah dihantar ke pusat asuhan..so batuk dan selsema tu memang perkara yang tak boleh nak elak..

terfikir jugak tak elok sebab dok bagi dorang makan ubat batuk je kan..so dapat 1 petua untuk hilangkan batuk dari FB, blend buah nenas..tapis dan bagi makan dengan sudu..natural remedy yang bagi aku mmg berkesan nak hilang rase gatal tekak batuk tengah malam..

sepanjang 3 4 hari dok bagi both Hazeeq & Hanees makan ubat batuk nenas plus madu tu, aku perasan yang setiap pagi and malam Hanees membuang dengan senang..
tetiba datang bagitahu ibu yang die dah siap berak dan ajak ibu pergi cebok..

bila dorang dah tak batuk, aku continue jugak bagi Hanees madu walaupun memang kena bersilat, perang mulut dulu dengan die..

start bagi die madu ni memang die tak ada dah masalah sembelit..Alhamdulillah lega sangat-sangat..
bimbang jugak kalau die kena sembelit time dekat sekolah..mane lah orang tahu nak layan die punya angin nak berak tu..

untuk yang mula-mula nak try, boleh try bagi pagi dan malam dulu..1 sudu..
bila keadaan anak dah ok boleh la bagi setiap malam sebelom tido..so esok pagi tu confirm lah akan membuang ..

oooh..aku just guna madu murah yang dalam botol mudah guna, beli dekat 99 Speedmart.Harga RM4.75 kalau tak silap..since hari tu, dah lebih 5 botol dah aku beli..

kalau ade rezeki lebih boleh la try Madu Khaula..

p/s : dah lama tak update, tetiba bahasa taipan dan jadi formal

pp/s : tetiba jugak share sekali petua hilangkan batuk..^___^

Saturday, July 4, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#17 : Sup Sawi & Shitake | Leftover KFC with Spicy Buttermilk Sauce

Assalamualaikum..


mission failed..
konon nak masak je sepanjang Ramadhan kali ni..
semalam beli KFC je untuk suami, Ma and anak-anak..
sebab dah lame kot anak-anak dok sebut nak KFC..

beli bucket yg 9 ketul mix 5 ketul spicy kicap & 4 ketul original
yang luak nye 3 ketul je..
sape nak hadap lagi 6 ketul ??

hari ni bawak Ma & anak-anak keluar..
suami kerja..so survive sendiri dengan hadap jam and susah nak cari parking..
pergi Alam Sentral beli kain untuk jubah Ma & Mok..
tetibe tersangkut sekali jubah aku selai..eh ??

beli kerongsang..then headed to Seksyen 18 beli kain buat tudung
then hantar untuk jahit tepi sekali..
insha Allah by tomorrow dah boleh ambik..
then singgah beli susu anak stock sebulan..

esok misi nak cari baju raya untuk suami..mint green..
kasut raya Abang Hazeeq..

berbuka hari ni menu simple je..
by pukul 6:00 petang baru lenggang kangkung nak ke dapur..
tunggu suami balik dulu..kirim die je tolong belikan sayur..

Ma request nak fettuccine Carbonara
untuk suami kena jugak masak nasi and lauk
kuih cap bazaar..tepung pelita & akok


SUP SAWI & SHITAKE

  1. 1 biji bawang merah - hiris
  2. 1 ulas bawang putih - ketuk & cincang
  3. 1 biji cili merah besar - hiris
  4. 1 tsp lada hitam - tumbuk kasar
  5. 5-6 ekor udang kering gemok
  6. 5 ketul meatball - pentol orang jawa buat sendiri - potong 4
  7. 3 ketul shitake kering - rendam sampai kering then hiris *penjodoh bilangan tu tak sure
  8. 2 pohon sawi jepun/bak choy
  9. 1 cup air - untuk kuah
  10. minyak untuk menumis
  11. garam, gula & perasa - ikut tekak
  • panaskan minyak - tumis bawang merah bawang putih & cili sampai naik bau
  • masukkan udang kering, pentol & shitake
  • then masukkan 3/4 cup air
  • masukkan garam, gula, lada hitam & perasa
  • agak-agak pentol dah kembang & shitake pun da lembut, masukkan sawi
  • kacau bagi sawi tu layu and turn to dark green
  • tutup api..ready untuk dihidang
**aku ratah ni je..dengan harapan tak makan nasi berat akan turun ^__^

ini pulak idea datang masa driving - untuk elakkan left over KFC tu masuk tong sampah..
Alhamdulillah habis separuh suami makan masa berbuka tadi


resepi ayam butter milk yang same..
cume sebab ayam tu dah ade rasa spicy then ade masin and manis dah..

so untuk sos tu just tumis garlic, cili padi & daun kari dalam butter..
dah garing masukkan dalam 1/3 cup susu cair..
gaul sekata dengan ayam KFC..potong ayam tu kecik..

spicy nau nau ayam nye..heheh
baru selera nak ratah jap lagi..

berape karbo dah hari ni??

Friday, July 3, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#15 : Asam Pedas Kembung

Assalamualaikum..

macam biasa..gambar ulang tayang dari FB and IG..
copy paste pulak kat sini..

semalam tak kelam kabut..
konon cool je la..redah jam..
parking jauh giler..menapak gi kedai..
perkasa sungguh bulan-bulan puasa ni..

cool punya pasal..masak tiga lauk..
sekali lupa nak masak nasi..
kesian suami and berbuka makan kuih dulu..

dah siap solat baru nasi masak..


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

  1. ikan kembung - 3 ekor saiz kecik
  2. 7-8 biji bendi kecik-kecik
  3. 1 ikat daun kesum
  4. 1 asam keping
  5. 1/2 cup air asam jawa
  6. 1 biji tomato potong 8
  7. 3 biji bawang merah - tumbuk
  8. 2 ulas bawang putih - tumbuk
  9. 1 inci halia
  10. 2 tbs cili kering kisar
  11. 1 tbs cili padi kisar - kalau tak nak pedas boleh kurangkan
  12. gula garam & perasa
  • tumis macam biasa
  • then campak la ape yang rase nak masukkan dulu..
  • tak ikut law..^__^
**saje park resepi, esok luse main campak-campak juga kalau nak masak..improvise ikut ape yang ade dalam peti ais..

Thursday, July 2, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#14 : Sup Cendawan & Spicy Chicken Popcorn

Assalamualaikum..

Menu semalam..
hari-hari pun mesti susah fikir nak masak ape..
dari awal pagi masa drive nak pergi kerja tu..
dah berhempas pulas fikir ape nak masak petang nanti..

selagi tak tahu nak masak ape..selagi tu hati tak tenang..
kang nanti sampai kedai melangut je dalam kedai tu tak tahu nak beli ape..

so far sepanjang 14 hari puasa ni..
berjaya balik dan masak..walau pun lauk cincai versi campak-campak

beli bahan basah pun dalam RM5- RM10 je la..
sekor ayam tahan 3 4 hari..
daging sekilo pun tahan seminggu..
ikan beli 6 ekor pun dah 2 minggu masih ade belen..

kuih manis kalau weekend akan cuba buat..
weekdays biasa husband belikan seri muka 5 ketul then ngap kurma je la..


SUP CENDAWAN TIRAM

  1. 2 genggam cendawan tiram - koyak & bersihkan
  2. 1/2 biji tomato potong 8
  3. 2 biji cili merah hijau
  4. 1 biji bawang merah bombay - hiris
  5. 3 ulas bawang putih - ketuk
  6. 1/2 kiub ayam
  7. minyak sikit untuk menumis
  8. 4-5 ekor udang - buang kulit n potong 2 bahagian
  9. daun sup & daun bawang hiris
  10. 1 sudu lada hitam tumbuk kasar
  11. garam gula
  • panaskan kuali, tumis bawang merah bawang putih
  • masukkan udang, 1 cup air , kiub ayam & lada hitam
  • masukkan cendawan, garam & gula
  • kalau agak kurang kuah boleh tambah 1/2 cup lagi air
  • then masukkan tomato and cili,,
  • tunggu seketika, dah boleh hidang
  • tabur daun sup and daun bawang
**untuk lebihkan sayur dalam sup tu aku tambah 1/4 labu kubis - boleh ratah and hirup kuah sampai puas.. ^___^



SPICY CHICKEN POPCORN

  1. ayam - bahagian isi - potong kecik-kecik bite size - aggaran dalam 200gram
  2. telur sebijik
  3. 2 tbs tepung gandum
  4. salt & pepper
  5. 1/2 kiub ayam
  6. 1tsp chili flakes
  7. 2 tangkai daun kari
  8. minyak untuk menggoreng- deep fry
  • gaul semua bahan diatas - rehatkan dalam 10 minit
  • goreng - deep fry sampai la kekuningan
  • api sederhana biar ayam masak sekata
**1 ketul ayam sekalikan dengan sehelai daun kari.

Monday, June 29, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#11 : Gulai Lemak Telur Masin & Agar-agar Pandan Santan

Assalamualaikum..

semalam walaupun cuti..
tapi aku tetap tak cuti..
cuti ABC yep !..so bangun pun lewat sikit..
dekat pukul 8:00 pagi baru genyeh-genyeh mata..

tu pun sebab rasa lampin anak-anak dah penuh..
terus bangun ajak dorang mandi..
sambil tunggu dorang main air..boleh la kemas belen makanan..
kemas dapur..setel pinggan mangkuk dalam sinki..

lap habuk and vacuum sikit..
siapkan dorang..buatkan susu and bagi makan kek..
then baru boleh sentuh jahit manik..
berhenti jahit manik..masak kan bihun sup untuk dorang makan..

habis licin semangkuk..tidokan Hanees..
bawak abang Hazeeq teman gi kedai..
kang tak bawak ade melolong...

sampai kedai blurr tak tahu nak beli ape..
pusing-pusing,,ambik telur masin 3 biji..
kangkung 2 ikat, daun sup..daun bawang..
udang kering..tu je..

balik rumah lagi blur tak tahu nak masak ape..
nasib la dah lepas Asar masa nak masak tu idea datang..
maka jadi la Gulai Lemak Telur Masin ni.. ting !


GULAI LEMAK TELUR MASIN #MYSTYLE

    1. 3 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih - tumbuk
    2. 1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
    3. 1 tbs lada kering giling
    4. 1/2 cup santan pekat
    5. 1 keping asam keping
    6. 2-3 helai daun limau purut
    7. 1/2 kiub ayam/pati ayam/stock ayam
    8. sedikit gula
  • tumis bawang dengan sedikit minyak
  • masukkan kunyit hidup tumbuk, cili kering & santan- satukan dalam periuk
  • tambah 1/2 cup air 7 asam keping
  • agak-agak kuah mendidih pecahkan telur sebijik sebijik
  • masukkan daun limau purut , kiub ayam & gula


agar-agar ni request by Ma..
by pukul 12:00 tengahari dah start buat sebab nak masukkan dalam peti ais..


AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

  1. 1 paket serbuk agar-agar 100g
  2. 750ml air
  3. santan pekat bancuh dgn air biar jadi 250ml
  4. 5 sudu besar makan
  5. essence pandan & pewarna hijau
  6. sebiji telur & secubit garam
  • masukkan air & serbuk agar-agar dalam periuk
  • masukkan pewarna & essence pandan
  • masukkan gula
  • satukan santan, garam & telur dalam 1 bekas.
  • bila larutan agar-agar mendidih masukan bancuhan santan telur
  • kacau seketika
  • then siap boleh masukkan dalam acuan sesuka hati nak bentuk ape





Saturday, June 20, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#4 : Sagoo Gula Melaka

Assalamualaikum..

weekend..so boleh la asah bakat buat pemanis mulut..

puasa kali ni tak boleh kacau Ma
sebab banyak kot tempahan baju raya yang die perlu siapkan..
biase dari kecik..kalau kuih bulan puasa memang jarang yang beli..
mesti Ma yang akan buatkan..

kali ni kena la struggle balik awal then masak..
weekend kena lebih cemerlang manage mase..
nak masak..buat kuih/makanan manis..
jahit manik..and perang dengan H&H ni..


SAGOO GULA MELAKA

  1. 1 cup sagoo - bahagi dalam 2 bekas sebab nak buat 2 color
  2. pewarna merah & hijau
  3. essence pandan - daun pandan lagi bagus
  4. 1 cup santan pekat
  5. 1/2 cup susu cair
  6. 2/3 cup gula melaka - hancurkan
  7. secubit garam
  • kacau sagoo dengan air panas mendidih - masukkan pewarna
  • kukus sagoo sampai clear warna nya
  • masak gula melaka - kalau letak air 1 cup biar die jadi 1/2 cup
  • masak santan, susu cair and secubit garam - sekejap je..bagi santan masak
  • ready tu hidang - sagoo..tuang gula melaka, then susu+santan..boleh la nampak layer nye..
**tak sempat nak snap yang layer..dah masuk mulut dulu..

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#2 : Butter&Milk Chicken

Assalamualaikum..

dah selamat 2 hari..
semalam dari awal pagi lagi dah plan nak balik awal nak masak..
bahan semua dah ade..

cuma mintak suami belikan susu cair je..
ayam pun dah siap potong..

balik kerja..pukul 4:45 petang punch card..
sekali keluar office tengok jammed bukan main lagi..
redah punya redah..pusing patah balik..sejam aku habiskan dekat bulatan sekyen 13 ni je..

sampai rumah pukul 6:20..kelam kabut..
nasib la suami dah masakkan nasi..
ayam pun dah siap keluarkn..defrost..

tinggal aku nak masak lauk..
panaskan lauk belen sahur..
buat air je..
resepi senang..dalam 30 minit semua dah siap..
siap sekali dengan kemas dapur..

sempat mandi and tunggu masuk waktu berbuka

BUTTER&MILK CHICKEN

  1. ayam potong kecik-kecik- aku campur je semua bahagian
  2. tepung
  3. telur sebijik
  4. salt & pepper - aku guna Ajishio
  5. minyak
  6. 1/2 cup butter
  7. 1/3 cup susu cair
  8. 5-6 ulas bawang putih - cincang
  9. 5-7 cili padi - hiris halus
  10. 2 pelepah daun kari
  11. garam & perasa
  • golek ayam dalam telur, tepung salt & pepper - biar dalam 5 minit
  • goreng - ala deep fry - aku guna periuk..jimat minyak
  • bila ayam dah garing dah nampak rupa macam chicken popcorn, angkat dan toskan minyak..
  • dalam kuali panaskan butter..biar betol-betol dah cair dan panas..
  • tumis bawang putih, cili padi & daun kari sehingga naik bau..
  • masukkan susu cair,garam & perasa
  • kacau bagi sebati, masukkan ayam tadi..golek-golek bagi mesra dengan kuah..
  • then ready to serve..senang sap sap soi..sambil bebel-bebel laki je dah siap..


Friday, June 19, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#1 : Daging Tumis Ketumbar & Kuchai

Assalamualaikum..

nama resepi adalah sesuka hati..
sebab resepi campak..
poyo je dok buat list menu nak rotate sepanjang Ramadhan kali ni..
tapi takde 1 pun yang aku ikut..hehehe

in sha Allah kali ni boleh masak setiap hari kot sebabnya boleh balik awal kan..
kalau takde kerja dah petang memang pukul 4:30 petang 
aku jadi orang pertama yang akan punch card..

tolak campur jem semua..sampai rumah dalam pukul 5:20 petang..
memang sempat sangat la nak masak..setakat masak 1 lauk and masak nasi je kan..
kalau rajin and sempat baru la fikir untuk tambah-tambah
kuih macam tak sempat nak buat..
kalau teringin nak makan boleh je singgah beli kat bazaar..

berbuka semalam pun adalah sangat simple..
suami singgah beli air tebu je..alang-alang dari tempat keje die tu memang lalu depan bazaar
kalau nak balik rumah..

yang lain semua masak je..
habiskan cucur yang belen semalam..
goreng keropok & panaskan nasi goreng belen sahur..
masak nasi and masak 1 lauk ni je..

buat air stoberi..tuang kordial campur air letak ais..


DAGING TUMIS DENGAN KETUMBAR & KUCHAI

  1. daging - rebus dengan garam & asam keping sampai lembut - 
  2. bawang merah & bawang putih - tumbuk
  3. halia & ketumbar - tumbuk
  4. bawang besar & cili - hiris
  5. daun kuchai - hiris
  6. sedikit gula - untuk imbang rasa masin rebusan daging
  • panaskan kuali- masukkan minyak
  • tumis bawang, halia & kuchai sampai garing & naik bau
  • masukkan daging bersama air rebusan daging sikit
  • masukkan gula - tak nak pun takpe..ikut tekak masing..aku masukkan sebab aku tahu daging tu masin & masam ^_^
  • kacau dengan api sederhana sampai la dapat kelikatan yang korang prefer
  • agak-agak dah ok - masukkan bawang besar, cili & daun kuchai yang dihiris
  • kacau sekejap- then dah siap !
ni sambil nak tahan cirit pun boleh masak..senang sap sap soi sudah siap..
makan dengan nasi panas-panas memang layan..

kalau nak improvise nak letak lada hitam tumbuk kasar pun boleh jugak..

berbuka bagi aku and suami tak perlu dah makanan melimpah meja..
sebab masing- masing makan time berbuka tu je..
lepas tu suami gerak gi terawih..lepak jumpe kawan-kawan dia..
balik dah pukul 12:00 malam..
pastu dah sibuk nak tido sebab nak bangun sahur lagi..

and sahur pagi tadi aku makan daging ni balut dalam salad..
air masak 3 gelas..kenyang toing..toing..toing dah..
siap sahur kemas-kemas dapur gosok baju..
mandi sambil sental bilik air..
keluar tengok jam dah dekat pukul 6:30 pagi..
terus siap-siap nak pergi kerja..

penat tapi nikmat !
setahun sekali je..bangun sahur tu tenang..

Thursday, June 18, 2015

Menu Sahur Ramadhan15 Day#1

Assalamualaikum..

awal-awal ni kompem semangat lagi la nak update..
nak-nak lagi kalau menu yang sendiri masak kan..
gambar pun repeat ulang tayang gambar dari Instagram and facebook je..

by the way semalam buat friendlist screening and cleaning..
yang mane yang sangat annoying..or sekadar nak singgah and stalk je..
maaf lah..anda telah diunfriend..mueheheh..
jangan jadi friend kalau memang tak suka..
tak baik pura-pura baik kat depan..
hidup ni bukan berputar berpaksikan awak sahaja !


ok sambung cerita.. !

Cucur gebu gebas ni memang teringin nak makan 2 3 hari lepas..
tapi nak mencari dan mencuba resepi baru yang lain dari yang lain..
tapi ni Alhamdulilah..
semalam  google-google..tapi macam tak percaya pulak nak kena bancuh dengan air panas mendidih..
biasa orang elakkan bancuh dengan air panas..takut nanti tepung tu masak..

tapi ni dah try sendiri..walla !..sedap hokey..lembut gebus the gebas giler la..
aku goreng sikit je..sebab nak amalkan tak nak membazir..
tak dan 2 saat dah habis..aku yang habiskan..pastu nak goreng lagi dah malas..
bancuhan tepung aku letak je dalam peti ais..
nanti nak berbuka repeat lagi goreng sampai habis..


and nasi goreng ni atas request suami nak makan yang simple-simple je untuk sahur..
aku masak awal sebab aku tak daya nak bangun awal pagi..
kompem nanti bermata panda nak gi kerja..
sahur cuma aku minum air je,,tu pun suami yang datang bawak air masuk sampai dalam bilik tido..
sua depan mata aku..

bangun pukul 6:00 suboh and terus siap-siap nak gi kerja..puklul 6:45 dah kena gerak..
bulan puasa ni..sebab nak balik awal kena la punch card awal..hehe

nasi goreng mabeles ni pun ade belen lagi..dah siap-siap letak dalam tupperware.
simpan dalam peti ais..nanti petang panaskan je..
giler tak hingat lah azam nak berjimat tahun ni kaw-kaw punye..

insha Allah by tahun depan plan nak start bagi Hazeeq sekolah..maybe Hanees pun..
and ibu ayah kena la start ade saving untuk education anak-anak nanti..

no Astro & no Unifi kat rumah lepas ni..

Wednesday, June 17, 2015

Again..we need a PERUBAHAN

Assalamualaikum..

rumah sebulan sekali paling tidak mesti ada yang berubah..
and kat office, ni lah pertama kali berubah sejak dah 16 bulan aku kerja..

i love my new desk..just love it..
i got my own privacy space..
sebelom ni pun dapat ruang sendiri cuma tak suke sebab ..

sebab yang susah nak cerita kat sini...
biarlah kekal dalam hati aku je..

semangat baru tu ade..we start anew
plus esok pun dah nak start puasa..
semoga Ramadhan kali ni bakal menjadi titik mula utk kite berubah menjadi lebih baik..

banyak lagi personally yang aku nak ubah..
me..myself..perangai..kata-kata..

Tuesday, May 26, 2015

Drama Review : Constantine

Assalamualaikum..

Yes !.. I am in to this drama this few days..
tertengok hari tu..terus jatuh hati jantung..
di tayangkan dekat FoxHD channel 724 Astro

biasalah aku kan jenis makcik kepochi..
tahap curiosity aku tu tinggi..drama ni pulak memang jenis yang misteri...
yang kau nak tahu jugak ape ending nye..
so dalam takut-takut tu tetap jugak kepochi..haruslah nak tahu ape akan jadi next..
kenape jadi camtu..mana asal usul hantu tu..
mesti ade something yang trigger setiap perlakuan balas dendam hantu tu..
hero ni nak kena solve bagi hantu tu turn balik jadi roh and hantar die ke heaven..
rest in peace bak kate deme..


each & every episode tu kena solve kan 1 masalah..
1 kes kena rasuk or any fight dengan the dark and evil force yang akan rise soon..
walaupun cerita ni dah ala-ala Annabelle..tetap jugak aku nak tengok..
sambil standby bantal depan muka..

kisahnya pasal exorcist..kisah penghalau hantu..hantu omputeh la..
bukan hantu Kak Limah..kalau hantu Kak Limah ke Polong ke, aku rasa boleh geng je ngan hero ni..
sebab die punya mentera jampi serapah tu sikit punya tahyul..

adalah semua unsur-unsur witch, sorcerer. voodoo
campur pulak dengan dia yang memang seorang exorcist.
kena lawan the dark force dari hell semua..
pendek kate memang layan la tengok..tengok semata..
bukan terinfluence apa-apa pun..
kelako pun ada..sebab dalam gereja pun kena rasuk jugak..^_^

baru tengok 2 3 episode..tu pun jumped..
start tengok dari episode 5 6 then 7 8..semalam sambung layan 9 10..
suami dah siap tolong downloadkan dah..
this weekend boleh layan..1st season ade 13 episode je..
2nd season tak sure..masih takde lagi kat online..
even dekat TV pun baru sampai episode 8
series ni aired dari tahun lepas sampai lah Feb hari tu..

pada yang minat paranormal..exorcism, Annabelle..boleh la kot layan..
kadang part keseraman nak tunggu hantu tu muncul memang KICK la jugak..
atleast bagi aku lah yang memang penakut ni..
ada jugak sikit kelakor..banyak kena berfikir..then ada la sikit sejarah zaman kuno..

contoh dalam episode 8 & 9 sebab episode ni ending bersambung 2 episode..
pasal Adam & Eve dorang..makan forbidden fruits..pasal adik beradik Eve yang 7 orang..
semua tolak lamaran Adam sebab dorang tak nak turun ke bumi and hidup mortal and kena patuh pada perintah..part ni aku gelak je..last-last adik beradik Eve ni jadi jahat..sekongkol dengan Evil force from hell..dapat la hidup kekal abadi..dekat hell sane..

buat mase ni ahjumma stop dulu drama Korea sebab tengah bersedih hati external 1 terabyte corrupted..
segala movie drama Korea yang ahjumma kumpul bertahun lama tu hilang..
tu belom kire lagi beribu gambar anak-anak yang hilang macam tu je..

Monday, May 25, 2015

Once in a while, We need a PERUBAHAN

Assalamualaikum..

its been 2 years since the last time aku tukar header blog ni..
if yang singgah dalam 5 6 hari lepas,
mesti perasan yang blog ni bertukar menjadi biru tekois..

pastu rasa sakit mata dengan kaler tu..
so hari ni  mase lunch time tadi sempat edit-edit sikit..
and tukar buat theme yang terang..
macam simple dah sedap mate nak tengok..


biasa buat header ni guna CS je pun..
size header tu kalau nak bagi ngam dengan blog kena guna ukuran yang same
yang kite setting dekat template..

let say gune entire blog width tu 1220px
so new layer CS nanti setting siap exactly the same width..
tinggi tu aku guna 450px..yang ni aku agak je..
sedang-sedang la..kang amek tinggi sangat nanti separuh blog tu show ko punya header je..

lain orang lain care..so ni care aku..senang untuk aku paham..

masihkan relevan utk tukar-tukar header wallpaper, theme segala bagai ?
mungkin tidak bagi orang.,.and YES bagi aku..

kalau kite perlukan perubahan..
rumah kite boleh renovate..boleh deco-deco bersama Eric..
kalau blog ni je lah yang mampu aku buat..

kalau rambut boleh potong pendek..
kalau gemok kena lah usaha kurus..tak pun gemokkan lagi..hahahaha !

Monday, May 11, 2015

Pengalaman Temuduga Perangkawan E41 - 2nd Time

Assalamualaikum..

almost sebulan baru berkesempatan nak update..
terperam dalam draft je..

aku pun tak sangke dah lanjut usia ni dapat lagi panggilan untuk temuduga gomen ni..
ikut hati dah lame tawar dah..dah tak bernafsu dah nak mengharapkan ape-ape..

bukan mudah..kena korban masa nak study dengan harapan akan lulus cemerlang..
lepas tu kena korbankan perasaan..nervous nak tunggu result keluar..
lepas tu GAGAL..kena korban perasaan lagi..

nak kembalikan balik bersemangat selepas terima perkataan tu GAGAL tu..sakit !
tapi untuk kali ni result akan diumumkan lagi 2 3 minggu..
kali ni aku langsung malas nak fikir..malas nak mengharap..
even rasa dah buat yang terbaik..

terbaik bagi aku la..sebab mane sempat nak study or hafal-hafal sangat..
sebabnya sekarang dah kerja..balik kerja lewat..
kena pulak sehari sebelom temuduga kena meeting sampai ke Utara sana..
sampai rumah dah malam..instead of hafal nota..aku memilih untuk tido..
mata aku yang pilih sebenarnya..^_^

ringkasan nya..kali ni lebih cepat..
aku sampai dekat pusat temuduga dekat bangunan SPA tu awal..
dalam pukul 7:30 pagi..
terus masuk letak surat and tunggu dipanggil untuk diberikan angka giliran..
sebab awal maka dapat lah No.2..sebenarnya No.1.
entah ade mamat dari mane sesat entah urgue kate die sampai dulu..

aku tak kisah pun No.1 k No.2 ok aje..
dapat tahu jugak nanti akan dipanggil ke bilik mane..aku kali ni dapat bilik P..

and dalam proses nak tunggu ni dapat tahu yang panel nanti one of them will be chinese..
lepas tu dengar la gossip bertebaran sekeliling aku yang memomokkna betapa zalim nya panel chinese..

aku buat rileks je..malas nak layan sembang..orang tegur aku cuma jawab sepatah ape yang ditegur,,
selebihnya aku senyum..tak larat nak dengar sorang budak tepi aku dok potpet..
katenye die dah 3 kali temuduga tak lepas..tapi untuk something jawatan gred 27
tak silap aku on dat day die temuduga untuk Pen.Pegawai Antidadah kot..

kalau dengar ape yang die cerita dengan kita sekali akan rase cuak..
so better jauhkan diri dari orang macam tu..
tak guna dah time last minute tu nak selak nota tebal 4 inci..sebesar kertas A4..
aku cuma duduk selawat & zikir semoga aku tenang and tak gugup..

dalam 8:30 baru turn aku..

ketuk pintu tak sempat 2 kali dah dengar suara suruh masuk..

aku kuakkan daun pintu terpancul 2 orang panel lelaki..
dorang hadiahkan senyuman paling manis lah aku rasa..
mesra ! ..yang memang aku tak expect..

panel melayu dari JPM and chinese dari SPA..
mula-mula je terus dorang sapa aku in English..
tak sempat duduk..and kali ni aku rase tiada pun formality..
macam sambut tetamu datang rumah je..

siap mintak maaf sebab keep me waiting for so long after the 1st candidate keluar..
aku tak kisah pun sebenarnya..
die kate sebab die notis aku dari awal pagi dah sampai..

macam biase kena perkenal kan diri..basic thing..in English sebab dah die start in English kan..
so ext question aku da aim da die akan tanya pasal jabatan..meleset !
sia-sia la bagi sesiapa yang tak tido hafal semua fakta tu..

dorang pun dah boleh agak akan menerima jawapan skema sebijik macam dalam website kalau dorang insist jugak nak tnye soalan tu..

bila dah maca susah nak converse in English..die tnya aku selesa in English or Malay..
of course la in melayu..hahaha..lepas tu die kate nak jawab mix pun tak pe..

1 soalan dari JPM die tanye basic stats..populasi..banci and all..cara pengumpulan data terbaik..
beza persampelam kebarangkalian & bukan kebarangkalian..and provide contoh..

yg Panel JPM tu 'puji' aku..which aku tak tahu nak described tu puji or sindir or ape..
sebab die kate lepas bertahun lama tinggalkan bidang statistic..aku masih ingat all that terms..different between the two terms..tapi aku ambik tu sebagai pujian..which buatkan aku termotivated..hilang sikit gugup..

then..die bagi 1 situasi dan permasalahan..and mintak kite bagi cadangan je..macam aku die mintak pendapat macam mane nak buat bancian yang lebih efektif & menyeluruh dalam dunia yang sudah meluas dengan pendedahan penggunaan IT..aku goreng je la jawapan..jawapan yang ikhlas dan logik akal je la.. ^__^

panel chinese dari SPA cuma tanya..'are you ready if nanti akan ditempatkan jauh?'
aku pun jawab secara jujur...ready secara terpaksa sebab aku nak jawatan tu ^_^..
dorang gelak..

selain dari soalan tu, banyak mase between tu borak santai je..macam tu bukan temuduga..
dorang kate tak nak bagi candidate nervous..

singkat je sesi untuk aku..dalam 20 minit gitu je..sebab mase intro tu sibuk die tanye pengalam kerja..
dari lepas belajar..and semua kerja aku tak related pun dengan statistic..which aku rase die nak tengok pengalaman..so aku memang tak de pengalaman..and dari situ aku rasa aku macam takde harapan..

sebab candidates lain aku tengok bukan main hebat..bukan setakat dengan nota tebal 4 inci saiz A4..
dengan coat & blazer..name tag and all..rase down..

tapi tak guna pun nak nanges..terima je lah..sebab rezeki tu Allah dah tentukan..hehe
usaha..aku dah usaha dah sedaya yang aku mampu..

oh..bagi yang dok kalut hafal and fahami GST..non of them pun tanya soalan fakta gitu..

makanya nasib sesi temuduga ni memang aku tak dapat nak jangka atau ramal.nasib lah..dapat panel yang nampak baik senyum-senyum kambing tapi strict bab nak bagi lulus..or dapat yang muke ketat tapi senang nak lulus..

dalam  pukul 10:00 pagi dah siap semua and dah boleh gerak balik..rupenya suami ade tunggu betol-betol depan pintu tu je..and dia dah siap pergi makan dengan sorang pakcik yang tunggu anaknya..

so tu je lah pengalaman kali ni..habis je terus kuar senyum happy sebab rasa segala beban dah tak de..
boleh balik layan Korea dengan aman dan tenteram tanpa rasa bersalah..boleh tido malam tapa igauan..

p/s: nak scheduled kan post ni on the same date result keluar ...^_-..wink !


Thursday, April 30, 2015

Hazeeq turn 4 today !

Assalamualaikum..

Yes..my dear anak bujang dah turns 4 hari ni..
clap..clap..clap..Sharing the buLAN birthday yang same..kalau ikut EDD dulu Hazeeq suppose 29th April..same dgn Ibu..konon nak tunggu keluar normal..lastnya Kot tingkap juga takdir my lil prince charming ni keluar

means aku pun dah 4 tahun jadi ibu..phewww~~ 





HAZEEQ TURNS 4 in bullets

  • berat dah 14kg last week timbang ^_^
  • masih menyusu FM - coklat campur tasty plain
  • lampin masih lagi pakai - size XXL Whoopee - masih belom pandai nak bagi tahu kencing or berak..kadang terberak pun boleh tak sedar..aduhai anak !
  • mood makan on off - makan semua kecuali nasi dengan lauk.
  • hebat on gadget, phone PC - blame it on me !
  • hebat juga bab panjat memanjat - dah berape kali excident sampai terkoyak dalam mulut
  • dah boleh solat - almost 75%..dah boleh baca al-Fatihah sikit
  • count in English, Malay - expert..and also can count in Arabic up to 'asyara'
  • ABC's expert - dah boleh baca tulisan without mengeja..nampak perkataan terus boleh sebut tapi ade jugak kekadang tu bunyi tak kena - konfius bile font nye berbelit bunga-bunga
  • Alhamdulillah..Alif BaTa sampai ya dah kenal..even kedudukan berterabur pun die dah boleh kenal which one is..baru 2 minggu ni..
  • tantrum mengamuk melalak dah kurang - proud of you lah my dear
  • setiap pagi wajib kena dengar order dari dia - beli aiskrim & air kotak mostly - kalau terus masuk kereta tanpa dengar adalah yang nangis nanti - tak beli pun takpe..nanti die sendiri akan jawab "ok.ok..takpe,,nanti ibu beli"
  • pandai nyanyi few Nursery rhymes..complete..Twinkle Little Star, Baba Black Sheep, Itsy Bitsy Spider, Daddy Fingers, The Wheels on the Bus, pastu lagu Korea pun hebat..lagu birthday Korea pun dah hafal..^_^
  • dah boleh converse dah boleh ajak gaduh cume kena perhatikan betol-betol words die sebab die akan mix English & Malay
  • sangat mengikut arahan..rajin nak tolong masak tumbuk bawang
  • last few weeks die start mintak nak sekolah..nanti ibu & ayah discuss sebab plan asal nak bagi sekolah bila dah turns 6..and of course Hazeeq kena pandai gitau nak ke toilet dulu,,takde sapa sanggup nak cebok orang dah besar ni..
Our wish for Muhammad Hazeeq Darwisy

of course yang pertama dan utama nya Ibu Ayah bersyukur sebab dapat Abang Hazeeq..sempurna cukup sifat...sehat tubuh badan..cerdas akal nya..

harapan Ibu & Ayah, 
  • supaya Hazeeq dikurniakan kesihatan yang baik..sihat tubuh badan, selera makan and jangan jadi picky eater.
  • supaya Hazeeq selalu menjadi anak yang dengar cakap dan tak menyusahkan sesiapa..
  • supaya Hazeeq sentiasa ingat Allah, Ibu Ayah and adik..
  • supaya Hazeeq membesar dengan terang hati, mudah menerima pelajaran.
  • supaya Hazeeq kekal dan suka solat sama-sama dengan Ibu Ayah & adik
  • supaya Hazeeq besar nanti jadi manusia yang berguna..pada semua
and last but not least, Ibu nak Hazeeq selalu tahu kami sayangkan Hazeeq sangat-sangat..!

Wednesday, April 29, 2015

Me..officially turns 29th today !

Assalamualaikum..



yeah !..happy birthday to me...
I'm officially 29 years old hari ni..
Alhamdulillah..syukur pada Allah sebab masih lagi diberi kesempatan..
da tua da..another year nak masuk 3 series..

pertama sekali :

terima kasih yang tak terhingga untuk my beautiful mom..
sebab da lahirkan Angoh yang degil ni ke dunia..
terima kasih sebab bagi kasih sayang yang tak berbelah bahagi sehingga la ke hari ni..
terima kasih sebab tak putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Angoh..
terima kasih tak terhingga sebab sanggup datang sini semata-mata nak jaga cucu..
terima kasih dunia akhirat sebab sayang & jaga kami sesempurna mungkin


terima kasih pada kawan-kawan yg wish dekat Whatsapp..
ni mesti tahu birthday aku sebab dapat noti dari FB.. ^_^
kawan-kawan kat FB juga..tenkiu for spending those 1-2 minit untuk taip 'HB'
really appreciated it !
terima kasih yang sudi edit gamba lepas tu post kt wall..
yang download gamba cakes sedap-sedap..
terima kasih for your kind thought..muchas gracias for all of those warm wishes..
hari je la yang aku leh enjoy nak tengok notification FB yang banyak pun..
wuhuuuu..

terima kasih untuk my loving sibling juge..
my aunties uncles and cuzzies..
penuh dekat Whatsapp family..
siap sudi nak text wish sume..even online FB..hehehe..
nak hadiah ! will tuntut it next weekend..
tahun ni cecah umor 29 dengan 2 orang buah hati, suami yang terlebih baik, keluarga yang awesome,

selama 29 tahun ni..kedatangan 29 April ni aku selalu nanti kan..
selalu terfikir..sempat ke aku nak jumpa 29 April tahun depan..
panjatkan syukur pada Allah sebab masih diberi peluang untuk bernafas saat ini

ape yang terjadi sepanjang berusia 28 tahun

1. kembali bekerja
2. dah terlebih konfiden drive kembali..meeting ke Penang pun aku boleh drive pergi balik
3. berat makin bertambah..tiap-tiap hari lepas makan aku niat nak diet tapi failed..^_^
4. dah 4 tahun menjadi ibu kepada 2 of most beautiful angels
5. interview SPA Perangkawan E41 utk kali yg ke-2 ..result dah keluar dah pukul 4:00 petang tadi dapat email..
6. operate buang 4 wisdom teeth - now im free of those on off pain..

tu je kot..macam tak de sangat la even yang besar jadi dalam tahun lepas..wish this year banyak lagi yang aku boleh achieve..

semoga dengan bertambah usia ni..

akan bertambah jugak keimanan ku
akan bertambah jugak kesabaran ku
akan bertambah jugak kesihatan ku..
akan bertambah jugak rezeki ku..
akan bertambah jugak kasih sayang antare kami
akan bertambah jugak limpah rahmat dari Nya..
akan bertambah jugak rasa syukur di atas segala nikmat yang aku kecapi kini..


p/s : doakan yang terbaik untuk aku tahun ni..!..amiiiiin..^__^

p/s1: tahun ni hadiahkan diri sendiri dengan usaha lebih kuat lagi untuk dapat yang sendiri nak..^___^

p/s2 : hati dah lama kat kampung..instead of counting days for my birthday..im happily counting days nak balik kampung..a week more to go !

Tuesday, April 28, 2015

Our Wishlist

Assalamulaikum..

both me and suami ni jenis giler suka vacuum rumah..
kat rumah dah ade 2 jenis vacuum..1 yang Panasonic..
1 yang cordless brand Electrolux..

tapi macam lately ni dah tak berape power nak menyedut..
and both vacuum tu bukan yang jenis stick boleh masuk bawah katil tu..
so hari tu jalan-jalan cuci mate..

terpandang ni..
Brand Karcher .. yang n jenis heavy duty nye..t
ak yah nak beria sangat segala habuk tersedut dengan jayanya..
belek-belek harga almost RM400..tapi hari tu ade sale boleh dalam RM350..

sekarang ni menabung sebab aim lepas raya tong-tong nak jugak beli benda ni..
so lepas ni makin rajin nak vacuum..rumah bebas habuk..!

yeay !!..lagi sekali..

ok..tu je nak update..
tak perlu motip yang gempak utk update.. ^__^


Monday, April 6, 2015

Homemade Chicken Ball #mystyle

Assalamualaikum..

bila kerja..and tak de masa nak prepare makanan untuk anak-anak..
Tok Ma jaga anak-anak..plus tengah sibuk dengan tempahan nak raya sekarang ni..
so mane yang aku boleh buat tu..better aku buat,..ringan kan tugas die nanti..

dah seribu Rahmat dah die sanggup tinggal rumah..tinggal kampung..tinggal kawan-kawan die semate-mate tak nak cucu kena jage dengan orang lain..

so yang mane yang boleh buat tu..aku setelkan awal-awal..bab kemas rumah of cos 100% aku buat..
cuci baju aku laki bini..baju anak-anak je Tok Ma tolong cuci kan..lipat semua aku buat..

bab masak tengahari kadang bila die sibuk, aku orderkan aje nasi bungkus..so bila makanan untuk Tok Ma dah ade..better prepare makanan untuk si kecik tu..tak susah pun sebab die makan ape saje..


Homemade Chicken Ball #mystyle

1.  bersih isi ayam - aku tak sukat main agak je..lebih kurang 1/3 dari seekor ayam
2.  blend dengan 1 biji telur
3.  gaul dengan bawang merah cincang, daun sup & cili hiris halus-halus kalau nak pedas..untuk baby makan of cos tak yah letak..
4. perasa dengan salt & pepper je.
5. didihkan air dalam periuk
6. bila dah betol-betol mendidih, bulatkan adunan yang dah di blend tadi and masukkan dalam air mendidih tu..
7. chicken ball yang dah masak akan timbul..boleh lah angkat and toss
8. dah sejuk, boleh masuk freezer..nak guna cume tinggal defrostkan aje..

kalau nak save mase & tenaga better buat dalam potion yang banyak sekali gus dan simpan..boleh buat sup..masuk dalam bubur..pan fried then letak cheese..or letak dalam spagetti..will do..

1st buat tahan 1 hari je..2nd time buat guna the whole ayam..tu pun tahan 2 hari je.. ^_^


Carrots Cakes..1st Attempt

Assalamualaikum...

cerita semalam..

Bersawang dah blog..berkulat..berhabuk semua ada..
setiap Kali Cuba nak up post mesti sekerat jalan lepas tu masuk draft..
Bertapa lama-lama dalam draft..lepas tu delete..

Sekarang ni kalau up entry pun..resepi..makan..& makanan..feveret tuan tanah !..

1st time makan Carrot Cake ni mase celeb birthday husband last year..
order ngan adik opismet #thegebus ..1st time try makan terus jatuh cinta..
sebab tak pernah sangka sedap..moist ada rasa rempah sikit..
ada kacang ada raisin..plus pulak cream cheese..ohsem !

The wholecake tu boleh katakan 1/3 masuk perut aku..lepas tu teringin nak makan lagi..
cume nak mengorder tu jadi berat sikit sebab purse sentiasa ringan and kering..so fikir 18 juta kali..

Last few days my BFFFFF @shuhanaizhar post dekat FB..
selama ni selalu dok fikir susah gile nak mampus nak buat cake ni..
haruslah segera WhatsApp mintak resepi..tu pun fikirkan cream cheese dah lama menghuni peti ais.. tanpa pasti kemana destinasinya..

Yang bagusnye kawan ni WhatsApp resepi bergambar..lagi la senang keje aku..suami dapat gaji..terus paw beli carrots 2 biji RM1.18 gula perang RM1.70 raisin RM1.20..wajib letak harga sekali..

Bahan lain dengan yakin nya memang dah ade kat rumah..
kalau yang mane tak ada tu boleh la derhaka sikit-sikit..

Berikut adalah resepi derhaka sebab nak bagi ngam dengan bahan yang ada..and ofcos sebab aku jenis tak menyabar nak sukat-sukat..kalau yg pakai gram ni aku agak je..kalau 1 pek tu consist of 1kg..kalau nak guna 250gram..Maka aku amek 1/4 dari kuantiti asal..sila jangan tiru ye perangai pemalas and derhaka resepi ni..^_^..

alasan ke2..sebab kena buat cepat sebelom anak-anak sibuk nak kacau Sama..


Carrots Cakes #mystyle

**pukul
4 biji telur
120gram gula kastor - gula pasir kisar halus
3 sudu makan gula perang

**ayak
250gram tepung gandum
1tsp baking soda
1/2tsp serbuk kayu manis
1/4tsp garam

1 1/2cup carrot parut - perah jus nya
1cup raisin
1cup roasted peanut - sebab takde walnut..janji Ade bunyi nut ^_^

200g cream cheese
100g butter
1/3 tin susu pekat

note bahan-bahan ni untuk rujukan sendiri di mase akan datang..
sudah tentu akan repeat lagi buat nanti..

Aku bakar dalam 30 minit suhu 185°..semerbak 1 rumah bau cinnamon..
dalam hati dup dap dup dap takut tak jadi..tak moist..

Dok tunggu depan oven..perati je cake Naik gelembung..
and Alhamdulillah..after sejuk..terus sapu cream cheese..potong..rasa..yummeh !..

Noted : pallet lidah aku ni jenis tak banyak songeh..ada rasa pun dah kire sedap sangat da..tepuk belakang sendiri..lebih-lebih lagi bila dah bersusah payah ketung ketang kat dapur..tak perlu orang lain puji sedap..Wah ! ayat nak bagus je kan..heheh ^_^..haruslah hargai perngorbanan diri sendiri

Monday, March 30, 2015

Ahad is Sundate

Assalamualaikum...

Takde la date kemane pun..habiskan masa kat rumah je pun..lebih bermakna..

bermakna sebab minggu ni takde la habiskan weekend dengan membuta or ngadap Korea sampai pagi..

bermakna sebab sekali lagi dapat kemas and ubah kedudukan barang dalam rumah..kalau dulu rasa macam dah best sangat dah susunan tu..lama-lama jadi boring..kali ni ubah lebih spacious..basuh karpet..

bilik baby dah combine jadi bilik solat and bilik ibu iron baju kerja..sebab bilik lain semua da occupy..credit utk suami terhebat sebab sanggup layan kerenah bini terlebih comel ni..Ma kata aku macam mandur..cekak pinggang sambil arah itu ini.. yes ! Tu memang kemahiran aku.. mengarah !..

minggu ni weekend rasa lebih tenang..dah takde perkara yang nak kejar sangat..habiskan masa kemas rumah..layan anak-anak..

Bangun pagi sambung mendobi 2nd round..sebab semalam mendobi baju kerja suami je..Hari ni turn baju kerja aku pulak..

Then masuk dapur terus prepare breakfast..tekak orang kat rumah ni bukan jenis cerewet..nasi goreng ayam + kopok keping + kopi o panas will do..heavenly..siap nasi goreng terus prep b ahan untuk buat cake..

Yeah ! Hari ni mood nak baking mari..lebih kepada nafsu craving sweet thing..cerita cake ni in Sha Allah next entry..

Pendek cerita Hari ni berlalu dengan tenang..rumah kemas..makan sedap..baju semua da siap kemas lipat masuk drawer lemari gobok masing..

Malam ngadap ABPBH sambil layan Pizza..pizza gaji namenya..beli lepas GST untung sebab tax 6% je..^_^..sebab tadi breakfast & lunch hadap nasi goreng ngan cake je..dapat pizza dengan Pepsi memalam yang sejuk ni..dengan mushroom sup pekat likat panas..Sapa yang nak komplen kan..

P/s : sentiasa berdoa moge setiap weekend bahagi begini..dapat membahagiakan anak-anak begini..

Thursday, March 5, 2015

Urinary Tract Infection = UTIs

Assalamualaikum..

pengalaman yang kena kat diri sendiri yang masih fresh..

buat yang dah pernah alami, of course kita geng..sep sikit !! ^__^
sakitnya aduhai..boleh jadi panda tak tido malam bila sakit datang..
nasib aku baik sebab sel-sel otak msih berhubung dan bertindak dengan cekap untuk terus decide ke Klinik bila dah masuk hari ke-2 sakit masih tak hilang..

sikit sebanyak ilmu dari google ni membantu..tapi setiap manusia tu unik..
maka untuk lebih baik..pergi la Klinik hadap doktor..sebab meraka lebih pakar..

ye..ye... je kan..aku pun sebenarnya malas nak pergi klinik..1 je sebabnya..kewangan.

aku start kena Rabu..mula-mula tak perasan pun sakit..cuma rasa nak kencing..
rasa pundi kencing da penuh sangat-sangat da..bangun tido tengok jam masih awal lagi..
nak tak nak kena jugak pergi membuang..tapi elok lepas membuang masih ade rase nak membuang..

sampai la ke office..rasa nak membuang tu ada 24 jam..memang buatkan aku rasa nak tido terus dalam toilet..terganggau kerja..terganggu nak solat semua..
on Khamis tu lebih 10 kali aku ulang-alik toilet..sampai bekal panties sebab takut terbabas..

and start on Khamis tu jugak la ade rasa sakit sengal ngilu di setiap hujung-hujung kencing tu..
mula timbul rasa cuak..sebab terfikirkan batu karang..keluar toilet terus google..

and all the simptom memang aku yakin aku kena UTIs aka kencing kotor aka kencing tak lawas.
google lagi and bace sana sini..ramai yang suggest untuk minum URAL..boleh google macam mane rupa URAL ni..mase tu rasa dan dan tu jugak nak minum nak bagi lega rasa sakit..ada yang kate minum 1 sachet da terus hilang sakit tu..

lepas habis kerja terus pergi Guardian, beli 8 sachet untuk keperluan 2 hari..4 sachet 1 hari selang 6 jam..bagi aku URAL langsung tak membantu..takde sebarang perubahan pun..hasilnya aku pergi kerja Jumaat tu bermata panda and rasa lesu giler..

kebetulan pulak office ade buat makan-makan..semua yang dihidang tu aku tak boleh makan..boleh buatkan tract yang infected tu bengkak..contoh nya makanan yang pedas, manis, masam, kafein, coklat..

worst of the worst..Jumaat tu kena stay office sampai dekat pukul 9:00 malam..nak siapkan kerja..dengan masih dok tahan sakit..ulang alik ke toilet yang makin kerap..datang pulak sakit pinggang..sakit ala-ala nak period..heavy..tapi aku tahu aku punye cycle nak period tu jauh lagi..
masa tu otak da fikir bukan-bukan..kena batu karang kah aku ?? or adakah kuman sudah masuk ke buah pinggang..

balik dari kerja memang aku tak terus tuju rumah..klinik dulu yang aku cari..syukur sangat klinik tu sanggup jugak terima aku sorang lagi even dia sebenarnya dah tutup by 9:00 malam.

dapat jumpa adalah suatu kelegaan..sambil dok kire-kire cukup tak note biru kundang nak bayar bil nanti..betol ape yang aku sangka..kuman da sampai ke buah pinggang and syukur tu bukan lah batu karang..

URAL memang untuk kencing tak lawas..tapi kencing tak lawas yang tak mendatangkan sakit..bila dah sakit ambil URAL tidaklah membantu..nak tak nak aku kena ambil antibiotik, and untuk lawaskan kencing aku tukar dari URAL aku ambil Potassium Citrate - sumpah masam gile..tak sedap ! and ubat untuk tahan sakit perut..

sampai rumah tu terus makan ubat..sampai ke pukul 3:00 pagi mata tak dapat lelap sebab sakit makin terok..aku dah tak tahu apa nak buat..semua pun da tido..tetiba teringat batu tungku yang mase pantang tu ada kat dapur..so aku bakar tungku..pukul 3:00 pagi ditemani bunyi kipas dan cicak je,,aku bertungku..dengan harapan sakit tu akan hilang..

aku pun tak ingat pukul berapa aku tertido..terjaga bila azan Subuh dekat handphone..rasa nak kencing..tungku kat tepi kepala masih terasa panas..

and Alhamdulillah..keluar bilik air dengan senyum sampai ke telinga..solat Subuh dengan penuh rasa syukur..and baru lah rase bersemangat nak gosok baju and pilih baju anak-anak..ada kenduri Sabtu tu..

kalau sakit tu same macam malam sebelom tu..kompem aku sanggup teperap je kat rumah dari meringkuk tahan sakit dalam kereta..

so, nasihat aku pada yang ade simptom-simptom nak kena UTIs ni sila la segera jumpa doc..better terus jumpa doc dari try ubat-ubat farmasi..habiskan antibiotik yang dibekalkan..

no more tahan kencing..minum air secukupnya..1 liter air = 25kg berat badan..aku kena minum 2.5 liter 1 hari..so buleh tahu la berat aku berapa..mihmihmih.. ^____^


p/s: post ni dah lame peram dalam draft..almost 3 weeks..hari ni baru hegeh-hegeh nak update..

p/s1: esok aku bakal lalui Oral Surgeri untuk remove all my wisdom teeth..4 of them..severe impacted..nak tak nak kena lalui procedure ni jugak..sebab gigi dok membesar dalam gusi..full bius..

p/s2: aku tak takut nak hadap operation tu..aku takut nak hadap post operation tu..recovery time..doakan aku ye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...