:: ^_^ ::

Saturday, July 4, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#17 : Sup Sawi & Shitake | Leftover KFC with Spicy Buttermilk Sauce

Assalamualaikum..


mission failed..
konon nak masak je sepanjang Ramadhan kali ni..
semalam beli KFC je untuk suami, Ma and anak-anak..
sebab dah lame kot anak-anak dok sebut nak KFC..

beli bucket yg 9 ketul mix 5 ketul spicy kicap & 4 ketul original
yang luak nye 3 ketul je..
sape nak hadap lagi 6 ketul ??

hari ni bawak Ma & anak-anak keluar..
suami kerja..so survive sendiri dengan hadap jam and susah nak cari parking..
pergi Alam Sentral beli kain untuk jubah Ma & Mok..
tetibe tersangkut sekali jubah aku selai..eh ??

beli kerongsang..then headed to Seksyen 18 beli kain buat tudung
then hantar untuk jahit tepi sekali..
insha Allah by tomorrow dah boleh ambik..
then singgah beli susu anak stock sebulan..

esok misi nak cari baju raya untuk suami..mint green..
kasut raya Abang Hazeeq..

berbuka hari ni menu simple je..
by pukul 6:00 petang baru lenggang kangkung nak ke dapur..
tunggu suami balik dulu..kirim die je tolong belikan sayur..

Ma request nak fettuccine Carbonara
untuk suami kena jugak masak nasi and lauk
kuih cap bazaar..tepung pelita & akok


SUP SAWI & SHITAKE

  1. 1 biji bawang merah - hiris
  2. 1 ulas bawang putih - ketuk & cincang
  3. 1 biji cili merah besar - hiris
  4. 1 tsp lada hitam - tumbuk kasar
  5. 5-6 ekor udang kering gemok
  6. 5 ketul meatball - pentol orang jawa buat sendiri - potong 4
  7. 3 ketul shitake kering - rendam sampai kering then hiris *penjodoh bilangan tu tak sure
  8. 2 pohon sawi jepun/bak choy
  9. 1 cup air - untuk kuah
  10. minyak untuk menumis
  11. garam, gula & perasa - ikut tekak
  • panaskan minyak - tumis bawang merah bawang putih & cili sampai naik bau
  • masukkan udang kering, pentol & shitake
  • then masukkan 3/4 cup air
  • masukkan garam, gula, lada hitam & perasa
  • agak-agak pentol dah kembang & shitake pun da lembut, masukkan sawi
  • kacau bagi sawi tu layu and turn to dark green
  • tutup api..ready untuk dihidang
**aku ratah ni je..dengan harapan tak makan nasi berat akan turun ^__^

ini pulak idea datang masa driving - untuk elakkan left over KFC tu masuk tong sampah..
Alhamdulillah habis separuh suami makan masa berbuka tadi


resepi ayam butter milk yang same..
cume sebab ayam tu dah ade rasa spicy then ade masin and manis dah..

so untuk sos tu just tumis garlic, cili padi & daun kari dalam butter..
dah garing masukkan dalam 1/3 cup susu cair..
gaul sekata dengan ayam KFC..potong ayam tu kecik..

spicy nau nau ayam nye..heheh
baru selera nak ratah jap lagi..

berape karbo dah hari ni??

Friday, July 3, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#15 : Asam Pedas Kembung

Assalamualaikum..

macam biasa..gambar ulang tayang dari FB and IG..
copy paste pulak kat sini..

semalam tak kelam kabut..
konon cool je la..redah jam..
parking jauh giler..menapak gi kedai..
perkasa sungguh bulan-bulan puasa ni..

cool punya pasal..masak tiga lauk..
sekali lupa nak masak nasi..
kesian suami and berbuka makan kuih dulu..

dah siap solat baru nasi masak..


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

  1. ikan kembung - 3 ekor saiz kecik
  2. 7-8 biji bendi kecik-kecik
  3. 1 ikat daun kesum
  4. 1 asam keping
  5. 1/2 cup air asam jawa
  6. 1 biji tomato potong 8
  7. 3 biji bawang merah - tumbuk
  8. 2 ulas bawang putih - tumbuk
  9. 1 inci halia
  10. 2 tbs cili kering kisar
  11. 1 tbs cili padi kisar - kalau tak nak pedas boleh kurangkan
  12. gula garam & perasa
  • tumis macam biasa
  • then campak la ape yang rase nak masukkan dulu..
  • tak ikut law..^__^
**saje park resepi, esok luse main campak-campak juga kalau nak masak..improvise ikut ape yang ade dalam peti ais..

Thursday, July 2, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#14 : Sup Cendawan & Spicy Chicken Popcorn

Assalamualaikum..

Menu semalam..
hari-hari pun mesti susah fikir nak masak ape..
dari awal pagi masa drive nak pergi kerja tu..
dah berhempas pulas fikir ape nak masak petang nanti..

selagi tak tahu nak masak ape..selagi tu hati tak tenang..
kang nanti sampai kedai melangut je dalam kedai tu tak tahu nak beli ape..

so far sepanjang 14 hari puasa ni..
berjaya balik dan masak..walau pun lauk cincai versi campak-campak

beli bahan basah pun dalam RM5- RM10 je la..
sekor ayam tahan 3 4 hari..
daging sekilo pun tahan seminggu..
ikan beli 6 ekor pun dah 2 minggu masih ade belen..

kuih manis kalau weekend akan cuba buat..
weekdays biasa husband belikan seri muka 5 ketul then ngap kurma je la..


SUP CENDAWAN TIRAM

  1. 2 genggam cendawan tiram - koyak & bersihkan
  2. 1/2 biji tomato potong 8
  3. 2 biji cili merah hijau
  4. 1 biji bawang merah bombay - hiris
  5. 3 ulas bawang putih - ketuk
  6. 1/2 kiub ayam
  7. minyak sikit untuk menumis
  8. 4-5 ekor udang - buang kulit n potong 2 bahagian
  9. daun sup & daun bawang hiris
  10. 1 sudu lada hitam tumbuk kasar
  11. garam gula
  • panaskan kuali, tumis bawang merah bawang putih
  • masukkan udang, 1 cup air , kiub ayam & lada hitam
  • masukkan cendawan, garam & gula
  • kalau agak kurang kuah boleh tambah 1/2 cup lagi air
  • then masukkan tomato and cili,,
  • tunggu seketika, dah boleh hidang
  • tabur daun sup and daun bawang
**untuk lebihkan sayur dalam sup tu aku tambah 1/4 labu kubis - boleh ratah and hirup kuah sampai puas.. ^___^



SPICY CHICKEN POPCORN

  1. ayam - bahagian isi - potong kecik-kecik bite size - aggaran dalam 200gram
  2. telur sebijik
  3. 2 tbs tepung gandum
  4. salt & pepper
  5. 1/2 kiub ayam
  6. 1tsp chili flakes
  7. 2 tangkai daun kari
  8. minyak untuk menggoreng- deep fry
  • gaul semua bahan diatas - rehatkan dalam 10 minit
  • goreng - deep fry sampai la kekuningan
  • api sederhana biar ayam masak sekata
**1 ketul ayam sekalikan dengan sehelai daun kari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...