:: ^_^ ::

Monday, June 29, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#11 : Gulai Lemak Telur Masin & Agar-agar Pandan Santan

Assalamualaikum..

semalam walaupun cuti..
tapi aku tetap tak cuti..
cuti ABC yep !..so bangun pun lewat sikit..
dekat pukul 8:00 pagi baru genyeh-genyeh mata..

tu pun sebab rasa lampin anak-anak dah penuh..
terus bangun ajak dorang mandi..
sambil tunggu dorang main air..boleh la kemas belen makanan..
kemas dapur..setel pinggan mangkuk dalam sinki..

lap habuk and vacuum sikit..
siapkan dorang..buatkan susu and bagi makan kek..
then baru boleh sentuh jahit manik..
berhenti jahit manik..masak kan bihun sup untuk dorang makan..

habis licin semangkuk..tidokan Hanees..
bawak abang Hazeeq teman gi kedai..
kang tak bawak ade melolong...

sampai kedai blurr tak tahu nak beli ape..
pusing-pusing,,ambik telur masin 3 biji..
kangkung 2 ikat, daun sup..daun bawang..
udang kering..tu je..

balik rumah lagi blur tak tahu nak masak ape..
nasib la dah lepas Asar masa nak masak tu idea datang..
maka jadi la Gulai Lemak Telur Masin ni.. ting !


GULAI LEMAK TELUR MASIN #MYSTYLE

    1. 3 biji bawang merah & 2 ulas bawang putih - tumbuk
    2. 1/2 inci kunyit hidup - tumbuk
    3. 1 tbs lada kering giling
    4. 1/2 cup santan pekat
    5. 1 keping asam keping
    6. 2-3 helai daun limau purut
    7. 1/2 kiub ayam/pati ayam/stock ayam
    8. sedikit gula
  • tumis bawang dengan sedikit minyak
  • masukkan kunyit hidup tumbuk, cili kering & santan- satukan dalam periuk
  • tambah 1/2 cup air 7 asam keping
  • agak-agak kuah mendidih pecahkan telur sebijik sebijik
  • masukkan daun limau purut , kiub ayam & gula


agar-agar ni request by Ma..
by pukul 12:00 tengahari dah start buat sebab nak masukkan dalam peti ais..


AGAR-AGAR PANDAN SANTAN

  1. 1 paket serbuk agar-agar 100g
  2. 750ml air
  3. santan pekat bancuh dgn air biar jadi 250ml
  4. 5 sudu besar makan
  5. essence pandan & pewarna hijau
  6. sebiji telur & secubit garam
  • masukkan air & serbuk agar-agar dalam periuk
  • masukkan pewarna & essence pandan
  • masukkan gula
  • satukan santan, garam & telur dalam 1 bekas.
  • bila larutan agar-agar mendidih masukan bancuhan santan telur
  • kacau seketika
  • then siap boleh masukkan dalam acuan sesuka hati nak bentuk ape





Saturday, June 20, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#4 : Sagoo Gula Melaka

Assalamualaikum..

weekend..so boleh la asah bakat buat pemanis mulut..

puasa kali ni tak boleh kacau Ma
sebab banyak kot tempahan baju raya yang die perlu siapkan..
biase dari kecik..kalau kuih bulan puasa memang jarang yang beli..
mesti Ma yang akan buatkan..

kali ni kena la struggle balik awal then masak..
weekend kena lebih cemerlang manage mase..
nak masak..buat kuih/makanan manis..
jahit manik..and perang dengan H&H ni..


SAGOO GULA MELAKA

  1. 1 cup sagoo - bahagi dalam 2 bekas sebab nak buat 2 color
  2. pewarna merah & hijau
  3. essence pandan - daun pandan lagi bagus
  4. 1 cup santan pekat
  5. 1/2 cup susu cair
  6. 2/3 cup gula melaka - hancurkan
  7. secubit garam
  • kacau sagoo dengan air panas mendidih - masukkan pewarna
  • kukus sagoo sampai clear warna nya
  • masak gula melaka - kalau letak air 1 cup biar die jadi 1/2 cup
  • masak santan, susu cair and secubit garam - sekejap je..bagi santan masak
  • ready tu hidang - sagoo..tuang gula melaka, then susu+santan..boleh la nampak layer nye..
**tak sempat nak snap yang layer..dah masuk mulut dulu..

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#2 : Butter&Milk Chicken

Assalamualaikum..

dah selamat 2 hari..
semalam dari awal pagi lagi dah plan nak balik awal nak masak..
bahan semua dah ade..

cuma mintak suami belikan susu cair je..
ayam pun dah siap potong..

balik kerja..pukul 4:45 petang punch card..
sekali keluar office tengok jammed bukan main lagi..
redah punya redah..pusing patah balik..sejam aku habiskan dekat bulatan sekyen 13 ni je..

sampai rumah pukul 6:20..kelam kabut..
nasib la suami dah masakkan nasi..
ayam pun dah siap keluarkn..defrost..

tinggal aku nak masak lauk..
panaskan lauk belen sahur..
buat air je..
resepi senang..dalam 30 minit semua dah siap..
siap sekali dengan kemas dapur..

sempat mandi and tunggu masuk waktu berbuka

BUTTER&MILK CHICKEN

  1. ayam potong kecik-kecik- aku campur je semua bahagian
  2. tepung
  3. telur sebijik
  4. salt & pepper - aku guna Ajishio
  5. minyak
  6. 1/2 cup butter
  7. 1/3 cup susu cair
  8. 5-6 ulas bawang putih - cincang
  9. 5-7 cili padi - hiris halus
  10. 2 pelepah daun kari
  11. garam & perasa
  • golek ayam dalam telur, tepung salt & pepper - biar dalam 5 minit
  • goreng - ala deep fry - aku guna periuk..jimat minyak
  • bila ayam dah garing dah nampak rupa macam chicken popcorn, angkat dan toskan minyak..
  • dalam kuali panaskan butter..biar betol-betol dah cair dan panas..
  • tumis bawang putih, cili padi & daun kari sehingga naik bau..
  • masukkan susu cair,garam & perasa
  • kacau bagi sebati, masukkan ayam tadi..golek-golek bagi mesra dengan kuah..
  • then ready to serve..senang sap sap soi..sambil bebel-bebel laki je dah siap..


Friday, June 19, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#1 : Daging Tumis Ketumbar & Kuchai

Assalamualaikum..

nama resepi adalah sesuka hati..
sebab resepi campak..
poyo je dok buat list menu nak rotate sepanjang Ramadhan kali ni..
tapi takde 1 pun yang aku ikut..hehehe

in sha Allah kali ni boleh masak setiap hari kot sebabnya boleh balik awal kan..
kalau takde kerja dah petang memang pukul 4:30 petang 
aku jadi orang pertama yang akan punch card..

tolak campur jem semua..sampai rumah dalam pukul 5:20 petang..
memang sempat sangat la nak masak..setakat masak 1 lauk and masak nasi je kan..
kalau rajin and sempat baru la fikir untuk tambah-tambah
kuih macam tak sempat nak buat..
kalau teringin nak makan boleh je singgah beli kat bazaar..

berbuka semalam pun adalah sangat simple..
suami singgah beli air tebu je..alang-alang dari tempat keje die tu memang lalu depan bazaar
kalau nak balik rumah..

yang lain semua masak je..
habiskan cucur yang belen semalam..
goreng keropok & panaskan nasi goreng belen sahur..
masak nasi and masak 1 lauk ni je..

buat air stoberi..tuang kordial campur air letak ais..


DAGING TUMIS DENGAN KETUMBAR & KUCHAI

  1. daging - rebus dengan garam & asam keping sampai lembut - 
  2. bawang merah & bawang putih - tumbuk
  3. halia & ketumbar - tumbuk
  4. bawang besar & cili - hiris
  5. daun kuchai - hiris
  6. sedikit gula - untuk imbang rasa masin rebusan daging
  • panaskan kuali- masukkan minyak
  • tumis bawang, halia & kuchai sampai garing & naik bau
  • masukkan daging bersama air rebusan daging sikit
  • masukkan gula - tak nak pun takpe..ikut tekak masing..aku masukkan sebab aku tahu daging tu masin & masam ^_^
  • kacau dengan api sederhana sampai la dapat kelikatan yang korang prefer
  • agak-agak dah ok - masukkan bawang besar, cili & daun kuchai yang dihiris
  • kacau sekejap- then dah siap !
ni sambil nak tahan cirit pun boleh masak..senang sap sap soi sudah siap..
makan dengan nasi panas-panas memang layan..

kalau nak improvise nak letak lada hitam tumbuk kasar pun boleh jugak..

berbuka bagi aku and suami tak perlu dah makanan melimpah meja..
sebab masing- masing makan time berbuka tu je..
lepas tu suami gerak gi terawih..lepak jumpe kawan-kawan dia..
balik dah pukul 12:00 malam..
pastu dah sibuk nak tido sebab nak bangun sahur lagi..

and sahur pagi tadi aku makan daging ni balut dalam salad..
air masak 3 gelas..kenyang toing..toing..toing dah..
siap sahur kemas-kemas dapur gosok baju..
mandi sambil sental bilik air..
keluar tengok jam dah dekat pukul 6:30 pagi..
terus siap-siap nak pergi kerja..

penat tapi nikmat !
setahun sekali je..bangun sahur tu tenang..

Thursday, June 18, 2015

Menu Sahur Ramadhan15 Day#1

Assalamualaikum..

awal-awal ni kompem semangat lagi la nak update..
nak-nak lagi kalau menu yang sendiri masak kan..
gambar pun repeat ulang tayang gambar dari Instagram and facebook je..

by the way semalam buat friendlist screening and cleaning..
yang mane yang sangat annoying..or sekadar nak singgah and stalk je..
maaf lah..anda telah diunfriend..mueheheh..
jangan jadi friend kalau memang tak suka..
tak baik pura-pura baik kat depan..
hidup ni bukan berputar berpaksikan awak sahaja !


ok sambung cerita.. !

Cucur gebu gebas ni memang teringin nak makan 2 3 hari lepas..
tapi nak mencari dan mencuba resepi baru yang lain dari yang lain..
tapi ni Alhamdulilah..
semalam  google-google..tapi macam tak percaya pulak nak kena bancuh dengan air panas mendidih..
biasa orang elakkan bancuh dengan air panas..takut nanti tepung tu masak..

tapi ni dah try sendiri..walla !..sedap hokey..lembut gebus the gebas giler la..
aku goreng sikit je..sebab nak amalkan tak nak membazir..
tak dan 2 saat dah habis..aku yang habiskan..pastu nak goreng lagi dah malas..
bancuhan tepung aku letak je dalam peti ais..
nanti nak berbuka repeat lagi goreng sampai habis..


and nasi goreng ni atas request suami nak makan yang simple-simple je untuk sahur..
aku masak awal sebab aku tak daya nak bangun awal pagi..
kompem nanti bermata panda nak gi kerja..
sahur cuma aku minum air je,,tu pun suami yang datang bawak air masuk sampai dalam bilik tido..
sua depan mata aku..

bangun pukul 6:00 suboh and terus siap-siap nak gi kerja..puklul 6:45 dah kena gerak..
bulan puasa ni..sebab nak balik awal kena la punch card awal..hehe

nasi goreng mabeles ni pun ade belen lagi..dah siap-siap letak dalam tupperware.
simpan dalam peti ais..nanti petang panaskan je..
giler tak hingat lah azam nak berjimat tahun ni kaw-kaw punye..

insha Allah by tahun depan plan nak start bagi Hazeeq sekolah..maybe Hanees pun..
and ibu ayah kena la start ade saving untuk education anak-anak nanti..

no Astro & no Unifi kat rumah lepas ni..

Wednesday, June 17, 2015

Again..we need a PERUBAHAN

Assalamualaikum..

rumah sebulan sekali paling tidak mesti ada yang berubah..
and kat office, ni lah pertama kali berubah sejak dah 16 bulan aku kerja..

i love my new desk..just love it..
i got my own privacy space..
sebelom ni pun dapat ruang sendiri cuma tak suke sebab ..

sebab yang susah nak cerita kat sini...
biarlah kekal dalam hati aku je..

semangat baru tu ade..we start anew
plus esok pun dah nak start puasa..
semoga Ramadhan kali ni bakal menjadi titik mula utk kite berubah menjadi lebih baik..

banyak lagi personally yang aku nak ubah..
me..myself..perangai..kata-kata..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...