:: ^_^ ::

Friday, June 19, 2015

Menu Berbuka Ramadhan15 Day#1 : Daging Tumis Ketumbar & Kuchai

Assalamualaikum..

nama resepi adalah sesuka hati..
sebab resepi campak..
poyo je dok buat list menu nak rotate sepanjang Ramadhan kali ni..
tapi takde 1 pun yang aku ikut..hehehe

in sha Allah kali ni boleh masak setiap hari kot sebabnya boleh balik awal kan..
kalau takde kerja dah petang memang pukul 4:30 petang 
aku jadi orang pertama yang akan punch card..

tolak campur jem semua..sampai rumah dalam pukul 5:20 petang..
memang sempat sangat la nak masak..setakat masak 1 lauk and masak nasi je kan..
kalau rajin and sempat baru la fikir untuk tambah-tambah
kuih macam tak sempat nak buat..
kalau teringin nak makan boleh je singgah beli kat bazaar..

berbuka semalam pun adalah sangat simple..
suami singgah beli air tebu je..alang-alang dari tempat keje die tu memang lalu depan bazaar
kalau nak balik rumah..

yang lain semua masak je..
habiskan cucur yang belen semalam..
goreng keropok & panaskan nasi goreng belen sahur..
masak nasi and masak 1 lauk ni je..

buat air stoberi..tuang kordial campur air letak ais..


DAGING TUMIS DENGAN KETUMBAR & KUCHAI

  1. daging - rebus dengan garam & asam keping sampai lembut - 
  2. bawang merah & bawang putih - tumbuk
  3. halia & ketumbar - tumbuk
  4. bawang besar & cili - hiris
  5. daun kuchai - hiris
  6. sedikit gula - untuk imbang rasa masin rebusan daging
  • panaskan kuali- masukkan minyak
  • tumis bawang, halia & kuchai sampai garing & naik bau
  • masukkan daging bersama air rebusan daging sikit
  • masukkan gula - tak nak pun takpe..ikut tekak masing..aku masukkan sebab aku tahu daging tu masin & masam ^_^
  • kacau dengan api sederhana sampai la dapat kelikatan yang korang prefer
  • agak-agak dah ok - masukkan bawang besar, cili & daun kuchai yang dihiris
  • kacau sekejap- then dah siap !
ni sambil nak tahan cirit pun boleh masak..senang sap sap soi sudah siap..
makan dengan nasi panas-panas memang layan..

kalau nak improvise nak letak lada hitam tumbuk kasar pun boleh jugak..

berbuka bagi aku and suami tak perlu dah makanan melimpah meja..
sebab masing- masing makan time berbuka tu je..
lepas tu suami gerak gi terawih..lepak jumpe kawan-kawan dia..
balik dah pukul 12:00 malam..
pastu dah sibuk nak tido sebab nak bangun sahur lagi..

and sahur pagi tadi aku makan daging ni balut dalam salad..
air masak 3 gelas..kenyang toing..toing..toing dah..
siap sahur kemas-kemas dapur gosok baju..
mandi sambil sental bilik air..
keluar tengok jam dah dekat pukul 6:30 pagi..
terus siap-siap nak pergi kerja..

penat tapi nikmat !
setahun sekali je..bangun sahur tu tenang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...