:: ^_^ ::

Thursday, October 29, 2015

Petua Rawat Sembelit (CONSTIPATION)

Assalamualaikum..

dah lama sangat rasanya tak menaip dekat blog ni..

malam ni terdetik hati nak share petua untuk rawat sembelit..
terutamanya pada kanak-kanak.

melalui pengalaman sendiri yang lebih 2 tahun berdepan dengan masalah anak yang selalu sembelit..

sejak Hanees dah start makan and aku pun dah start kerja balik, Hanees membuang 2 3 hari sekali..
die pernah experienced severe sembelit yang membuatkan die serik nak membuang..

bila sakit sikit-sikit dia akan tahan, sampai lah poo-poo tu dah betul-betul nak keluar. dia akan cuba sedaya upaya jugak nak tahan.

dah macam-macam usaha, ubat dan petua yang aku cuba..letak tepung kanji dalam susu..
nak paksa die makan banyak fibre memang tak jalan lah..dah consult doctor juga..Hanees ni jenis yang dah trauma nak meneran..memang pernah la die berak sampai berdarah..

try jugak bagi die Lactul Solution..tapi macam tak de effect pun..buah die memang kurang sikit..tak macam Hazeeq yang suka makan buah.

sampai lah dah nak masuk umur 3 tahun, both Hazeeq & Hanees asyik lah dok batuk..ulang alik pergi klinik ambik ubat batuk..tapi macam susah jugak nak hilang batuknya..kalau dulu dorang dok rumah je..sekarang dah dihantar ke pusat asuhan..so batuk dan selsema tu memang perkara yang tak boleh nak elak..

terfikir jugak tak elok sebab dok bagi dorang makan ubat batuk je kan..so dapat 1 petua untuk hilangkan batuk dari FB, blend buah nenas..tapis dan bagi makan dengan sudu..natural remedy yang bagi aku mmg berkesan nak hilang rase gatal tekak batuk tengah malam..

sepanjang 3 4 hari dok bagi both Hazeeq & Hanees makan ubat batuk nenas plus madu tu, aku perasan yang setiap pagi and malam Hanees membuang dengan senang..
tetiba datang bagitahu ibu yang die dah siap berak dan ajak ibu pergi cebok..

bila dorang dah tak batuk, aku continue jugak bagi Hanees madu walaupun memang kena bersilat, perang mulut dulu dengan die..

start bagi die madu ni memang die tak ada dah masalah sembelit..Alhamdulillah lega sangat-sangat..
bimbang jugak kalau die kena sembelit time dekat sekolah..mane lah orang tahu nak layan die punya angin nak berak tu..

untuk yang mula-mula nak try, boleh try bagi pagi dan malam dulu..1 sudu..
bila keadaan anak dah ok boleh la bagi setiap malam sebelom tido..so esok pagi tu confirm lah akan membuang ..

oooh..aku just guna madu murah yang dalam botol mudah guna, beli dekat 99 Speedmart.Harga RM4.75 kalau tak silap..since hari tu, dah lebih 5 botol dah aku beli..

kalau ade rezeki lebih boleh la try Madu Khaula..

p/s : dah lama tak update, tetiba bahasa taipan dan jadi formal

pp/s : tetiba jugak share sekali petua hilangkan batuk..^___^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...