:: ^_^ ::

Monday, March 18, 2013

Simple Desert

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..lepas jugak hajat nak buat sikit desert..
buat nye semalam..bawak balik sikit ke Seremban..
sikit di kongsi ngan jiran sebelah..
and sikit lagi da masuk mulut aku and Hazeeq..
suami tak makan pun..agaknye die tak suke..

aku buat dengan resepi yang campak-campak je..
means sukat yang tak berapa nak sukat..
ni pun aku tak berapa nak sukat..main agak-agak..
memang jenis aku malas nak sukat even sekale penyukat ade depan mate..
sebab tu aku adalah sangat fail tang buat desert...
baking lagi la..kalau masuk dalam exam..kompem 10 kali aku kena repeat..

malam sebelom tu da berjaya membeli belah barang nak buat puding ni kat Giant..
sebenarnya name puding ni puding peach susu..
buah tu depends..nak gune lychee boleh..rambutan boleh..nenas pun boleh.
ikut sedap tekak..

aku gune 3 jenis susu..
1 susu sejat
2 susu pekat
3 susu segar..
and of cos la pudding ni sangat la milky..
pada yang tak gemar susu mungkin tak berape kena ngan tekak..
for me yang memang suke benda bersusu..bercheesy ni..
heaven je..




 
PEACH PUDDING

1 paket serbuk agar-agar berat +- 10gram
500 ml air bersih
250 ml susu sejat (1 tin susu sejat F&N)
250 ml susu segar (Dutchlady kotak botol hijau)
125 ml susu pekat (1/2 tin susu pekat F&N)
2 sudu tepung jagung  bancuh dengan sedikit air hinggan tak berketul
pewarna kuning ( if rajin nak buat layer-layer)
essence vanilla - or any essence yang kena dengan deria bau
1 tin bauh peach AYAM BRAND

CARA-CARA

  1. masukkan air kedalam periuk. masukkan sekali serbuk agar-agar
  2. campur ketiga-tiga jenis susu. kacau sehinggan sebati. nak selamat masak dalam api yang sederhana sahaja.
  3. if tak cukup manis boleh tambah gula sesedap tekak.
  4. essence vanilla and kacau je tanpa henti bagi segala agar-agar tu disolve.
  5. sementara tunggu agar-agar masak sepenuhnya. susun buah peach dalam loyang or any bekas, goblet etc
  6. agak-agak sebatian agar-agar tu da betul masak, means da tak de agar-agar yang terapung, masukkan bancuhan tepung jagung tadi. kacau supaya tak de ketul-ketul.
  7. kalau rajin nak buat layer-layer boleh la asingkan sebatian agar-agar ni ikut berapa layer yang anda nak.aku rajin buat 2 je.
  8. 1 kalerkan dengan kaler kuning 1 lagi kaler asal..kalau rajin buat kaler kuning terang then makin slow lagi cantek gamaknya..
  9. seperti biase.masukkan adunan dengan kepekatan kaler yang paling terang mula-mula.da agak keras lapisan pertama boleh la masukkan lapisan ke-2.
  10. sementara tunggu lapisna pertama sedikit beku..jangan lupe maintan on kacau balance sebatian tu..takut berketul dibahagian bawah..
  11. seterusnya boleh la disejuk bekukan..^____^
as simple as makan kacang je kan..
aku je yang lebih nak kongsi resepi la..nak detail-detail la..
saje je datang kerajinan sebab da lame tak balik umah PIL..
and da lama tak bawak balik pape pun..


cume tekak aku tetap nak jugak makan The Chicken Rice Shop nanti

P/S : takpe la tak sedap kat tekak orang..sedap kat  tekak sendiri pun da cukup baik ^___^..bersangka baik la kite

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...